Anda perlu ucapkan selamat tinggal pada tempat kerja jika…

Anda perlu ucapkan selamat tinggal pada tempat kerja jika…

Pejabat merupakan tempat kerja yang memerlukan keikhlasan hati untuk menjalani tugas harian dengan sebaik mungkin.

Setiap orang di dunia ini perlu mempunyai pekerjaan bagi menampung kehidupan seharian.

Bagaimanapun pekerjaan yang dilakukan itu perlulah mengikut minat dan bidang yang anda suka.

Jika setiap kali ingin memulakan tugas di pejabat, anda akan rasa bersemangat dan tidak sabar untuk pergi ke tempat kerja, ia satu tanda yang baik dan positif.

Perasaan itu akan sama jika diri anda serasi dengan tempat kerja tersebut walaupun sudah bertahun lamanya berkhidmat di syarikat tersebut.

Namun jika perasaan tersebut kian pudar dan timbul sifat malas untuk datang ke pejabat dan akhirnya anda akan memberikan pelbagai alasan untuk tidak ke pejabat, seperti cuti sakit ia petanda sesuatu sedang berlaku.

Malah apabila setiap kali anda pergi kerja atas dasar terpaksa dan hanya memikirkan komitmen dan tanggungjawab maka anda perlu melakukan sesuatu.

Perkara yang paling jelas untuk ambil tindakan ialah apabila :

1. Tidak menjadi diri sendiri

Kita dinasihatkan untuk berhenti kerja jika di pejabat kita tidak menjadi diri kita sendiri.

Karakter kita berubah dan kita sentiasa merasakan seperti sesuatu yang tidak kena pada diri kita.

Malah teman-teman sekerja juga seakan terkejut dan pelik melihat watak kita yang seringkali berubah-ubah.

2. Fizikal dan mental terjejas

Berhentilah sekiranya kita sering berasa tertekan, runsing, tidak seronok dan sentiasa risau.

Jika kita sering berasa sedemikian, itu tandanya bidang dan suasana tempat kerja kita amat tidak sesuai dengan diri kita.

Malah lebih teruk lagi jika ruam-ruam mula tumbuh dan rambut semakin menipis kesan daripapada tekanan yang kita alami.

3. Berasa terpaksa

Setiap kali diminta melakukan tugasan kita menunaikannya tanpa rasa ikhlas dan buat ala kadar sahaja, asalkan kerja kita siap.

Bila kita diminta kerja lebih masa, mulalah muka masam mencuka.

Lebih teruk lagi jika kita mula susah bangun pagi dan berasa sangat berat hati untuk ke pejabat.

4. Jemu

Kenapa perlu kekal di tempat sekarang jika kamu sudah merasa jemu dan penat.

Nak bekerja perlu ada keikhlasan hati tetapi jika anda terpaksa dan tidak seronok, maka lebih baik lepaskan diri.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.