Pejabat SPRM Perlis ditutup akibat banjir

Pejabat SPRM Perlis ditutup akibat banjir

Penutupan sementara dilakukan susulan laluan ke pejabat berkenaan dinaiki air dan tidak dapat dilalui.

sprm macc
Buat masa ini tiada jangkaan bila tarikh pejabat SPRM Perlis akan dibuka semula namun ia bergantung kepada situasi semasa keadaan banjir di negeri itu. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis ditutup sementara berikutan banjir yang melanda negeri itu.

Menurut kenyataan SPRM, penutupan sementara itu dilakukan susulan laluan ke pejabat berkenaan dinaiki air dan tidak dapat dilalui.

“Buat masa ini, tiada jangkaan bila tarikh pejabat SPRM Perlis akan dibuka semula, namun ia bergantung kepada situasi semasa keadaan banjir di negeri berkenaan,” menurut kenyataan.

Menurutnya, walaupun pejabat ditutup orang ramai masih boleh menyalurkan aduan rasuah atau membuat rujukan melalui saluran rasmi SPRM termasuk portal www.sprm.gov.my, portal aduan rasuah www.portaladuan.sprm.gov.my, talian bebas tol 1800-88-6000 serta aplikasi MACC Mobile.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.