
Katanya, kenyataan Mahathir jika dibaca dengan teliti akan menunjukkan perdana menteri tiada niat merendahkan kaum India di Malaysia.
“Perkataan itu mungkin ada akarnya di India, tetapi ia kini adalah perkataan bahasa Inggeris yang diiktiraf dan digunakan dengan baik yang membawa maksud golongan dipinggirkan.
“Perdana menteri hanya menyuarakan pandangannya yang kerajaan tidak boleh melayan Lynas seperti golongan dipinggirkan.”
Pada 26 Ogos lalu, Mahathir dilaporkan berkata, Lynas Corporation tidak boleh diminta keluar dari negara ini “seperti paria” kerana ia akan merosakkan pelaburan masa depan di Malaysia.
“Jika kita layan Lynas seperti paria dan minta mereka meninggalkan negara ini, kita tidak akan mendapat orang lain untuk datang dan melabur,” katanya ketika ditanya dakwaan pengkritik yang lesen operasi syarikat nadir bumi itu diperbaharui kerana hubungan rapatnya dengan kerajaan Jepun.
Kenyataan itu dibantah beberapa pihak, termasuk beberapa ahli PKR Kapar yang membuat laporan polis terhadapnya dan menuntut permohonan maaf secara terbuka daripadanya.
Ignatius yang merupakan bekas pesuruhjaya tinggi ke Kanada, berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan Mahathir menyokong Lynas, tetapi ia adalah reaksi keterlaluan untuk menyifatkan penggunaan perkataan “paria” sebagai penghinaan kepada masyarakat India.
“Ada banyak isu yang kita perlu bimbangkan, tetapi ini bukan satu daripadanya.”