Selain pengilat, air teh boleh kekalkan kualiti perabot kayu

Selain pengilat, air teh boleh kekalkan kualiti perabot kayu

Penggunaan bahan pengilat kayu bukan sahaja menjaga kualiti dan warna kayu agar kelihatan cantik tetapi ia sebenarnya menambahkan lapisan di atas kayu bagi memastikan ia tahan lebih lama.

Mempunyai perabot kayu dan antik menjadi pilihan sesetengah orang yang menggemari hiasan yang berasaskan kayu dan elegan.

Dari segi kualitinya sudah pasti ia lebih baik dan tahan lama sebab itu ia menjadi dekorasi idaman untuk menghiasi kediaman mereka yang meminatinya.

Bagaimanapun, perabot kayu dan antik ini memerlukan penjagaan rapi agar ia tidak mudah dimakan anai-anai dan kekal tahan lama.

Ini 5 cara untuk jaga perabot kayu dan antik anda.

1. Elak letak barang panas

Sekiranya anda menggunakan meja makan kayu pastikan tiada mangkuk panas diletakkan secara langsung dan sebaiknya gunakan pelapik makanan.

Ia bukan sahaja meninggalkan bekas pada meja kayu anda malah akan membuatkan perabot anda cepat reput.

2. Guna uncang teh

Kekerapan menggunakan bahan pengilap kayu boleh mengubah warna asal perabot anda.

Bagi menghilangkan kesan itu, rendam dua uncang teh dalam air panas dan selepas ia sejuk gunakan kain lembut untuk membersihkan perabot kayu.

Asid tanik yang terdapat dalam teh akan membantu membersihkan pengilat lama dan memelihara keaslian kayu.

3. Kerap dibersihkan

Membersihkan debu dan kotoran pada permukaan perabot kayu adalah kunci penting dalam menjaganya agar ia kelihatan bersih dan cantik.

Ini kerana debu yang melekat pada kayu itu mampu merosakkan perabot anda dan sebaiknya gunakan kain kering yang lembut untuk mengelap.

Menghindarkan perabot kayu daripada sinaran matahari juga boleh membantu menjaga kualitinya.

4. Campuran air panas dan sabun

Selain air teh, campuran air panas dan sabun pencuci mampu menghilangkan kotoran pada perabot kayu anda namun pastikan selepas menyental kotoran ia dilap sehingga kering.

5. Hindarkan sinaran matahari

Tidak dinafikan terdapat banyak kebaikan ruang rumah anda dimasuki sinaran matahari namun jika perabot terkena cahaya terlalu lama ia akan menyebabkan warna kayu perabot cepat pudar.

Sebaiknya hindarkan dan minimumkan perabot kayu anda terkena sinaran matahari selain meletakkannya ditempat yang kurang cahaya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.