Epal mampu kurangkan kaviti gigi

Epal mampu kurangkan kaviti gigi

Epal bukan sekadar bagus untuk diet dan kesihatan, juga sangat baik dalam penjagaan gigi.

Terdapat sesetengah individu yang suka makan epal, namun ada juga yang langsung tidak menyukai buah ini dan tidak menjadikan ia sebagai pilihan.

Meskipun ramai tahu epal membantu untuk menguruskan badan, namun terdapat khasiat lain yang ramai tidak tahu.

Dalam tips diet ramai mencadangkan untuk memakan epal sebagai gantian kepada snek lain yang tidak menyihatkan.

Ini kerana epal itu sendiri mempunyai banyak khasiat.

Untuk jus epal pula, anda seharusnya meminum ia tanpa campuran gula kerana jika tidak ia sama sahaja anda beli jus epal yang ada di pasaran dengan jumlah gula yang tidak diketahui.

Ketahui khasiat lain tentang epal yang pastinya menarik perhatian anda.

1. Memudahkan proses penghadaman

Tubuh badan kita memerlukan serat untuk memudahkan proses penghadaman.

Buah epal amat kaya dengan serat, ia juga membantu mengurangkan masalah sembelit ketika membuang air besar.

2. Melambatkan proses penyebaran sel barah

Pelbagai kajian telah dilakukan terhadap khasiat buah epal dan salah satunya adalah mengurangkan risiko penyakit barah.

Ia mampu mengurangkan kapasiti barah paru-paru serta melambatkan proses penyebaran sel tersebut.

3. Merawat Anemia

Seorang lelaki dewasa normal memerlukan 12.5 hingga 18.5g/dL haemogoblin.

Jika kurang daripada itu, anda menghidap penyakit Anemia iaitu kekurangan zat besi dalam badan.

Buah ini kaya daengan khasiat zat besi serta berupaya menambah kekurangan haemoglobin dalam darah.

4. Mengurangkan risiko kencing manis dan diebetes

Mereka yang mengambil sebiji epal setiap hari mempunyai risiko lebih rendah mendapat diabetes kerana kandungan serat yang tinggi menstabilkan gula dalam darah, selain rasa kenyang lebih lama mengelak makan terlalu banyak.

5. Penjagaan gigi

Memakan epal membantu membersihkan gigi dan gusi. Ia juga mengurangkan kaviti atau gigi berlubang serta membantu membersihkan gigi dan anti-bakteria dalam kandungan buah ini melindungi tubuh daripada kuman.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.