Masih pertimbang tawaran Maju Holdings beli PLUS, kata PM

Masih pertimbang tawaran Maju Holdings beli PLUS, kata PM

Mahathir Mohamad berkata Maju Holdings mencadangkan pengurangan kadar tol.

PUTRAJAYA:
Kerajaan masih mempertimbangkan tawaran Maju Holdings Berhad mengambil alih syarikat PLUS Malaysia Sdn Bhd (PLUS), kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir berkata tawaran tersebut walaupun baik mengekalkan kutipan tol dan bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan.

“Lebuhraya yang lama perlu diselenggara dan ada yang perlu diperbesarkan. Ini semua memerlukan wang. Sebelum ini duit ini dapat daripada kutipan tol. Sekarang ini kita janji dalam manifesto untuk tidak kutip tol.

“Cadangan Maju Holdings termasuklah mengurangkan kadar tol dan dia hendak buat macam-macam lagi, seperti memperbaiki jalan. Jadi kita sedang timbang,”” katanya pada sidang media selepas acara bersama penjawat awam hari ini.

Sebelum ini Maju Holdings dikatakan membuat tawaran baru bagi mengambil alih PLUS, konsesi lebuhraya terbesar yang antara lain menguruskan Lebuhraya Utara-Selatan.

Kementerian Kewangan sebelum ini menolak tawaran Maju Holdings selepas mengambil kira pandangan pemegang saham PLUS iaitu Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.