
Presiden Raihan Sharif berkata cara kontrak Syed Razlan dipendekkan mengundang tanda tanya kerana ia dibuat dalam tempoh 10 bulan sahaja “tanpa sebarang alasan yang jelas dan tidak diberi peluang untuk berbincang”.
“Tangguhkan dulu sehingga siasatan yang sudah dimulakan Syed Razlan selesai supaya memberikan laluan yang lebih selesa kepada pengerusi baru,” katanya pada sidang media di ibu pejabat persatuan hari ini.
Syed Razlan akan diganti Ghauth Jasmon, bekas naib canselor Universiti Malaya, berkuat kuasa 19 Ogos ini.
Beliau dilantik ke jawatan itu oleh Maszlee sendiri pada 1 Oktober 2018 bagi tempoh 3 tahun yang akan berakhir 30 September 2021.
Menurut Razlan, pengerusi baru lembaga pengarah UPM pula dilantik pada tarikh yang sama surat diserahkan kepada Syed Razlan.
“Kami yakin ini adalah satu proses yang tak betul. Mungkin menteri dapat nasihat yang salah dengan pegawai-pegawainya dan buat keputusan yang salah,” katanya.
Beliau menambah persatuan sudah menghantar surat meminta penjelasan menteri tetapi tiada maklum balas.
Syed Razlan dilantik ke jawatan itu pada Oktober 2018 bagi tempoh tiga tahun berakhir pada 2021.
FMT sedang menghubungi kementerian dan pegawai khas menteri untuk mendapatkan ulasan mereka.