
Ramai yang mencari tempat menarik untuk berjalan dengan bajet yang rendah, tetapi tidak tahu di mana lokasinya.
Dan mungkin juga anda tidak pernah tahu 1 kawasan di tengah laut dalam, tiba-tiba ribuan orang ramai berdiri di tengah lautan tersebut?
Tidak perlu ke Bolivia, inilah uniknya “Mirror in the sky” yang terletak di Kuala Selangor.
Anda hanya perlu menaiki bot selama 30 minit, dibawa ke kawasan air surut dan bergambar dengan daratan yang mempunyai refleksi yang menarik!

Lawatan FMT Ohsem yang turut disertai Adun Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli yang juga pengalaman pertama buat dirinya sendiri.
Jika anda dari Kuala Lumpur, perjalanan akan mengambil masa sejam setengah untuk sampai di jeti, melalui kawasan kampung dan bendang yang pasti mencuri hati pengunjung.
Ketenangannya pasti anda suka kerana kawasannya yang hijau.
Pastikan anda sampai tepat pada masa yang dijanjikan kerana setiap hari hanya 1 sesi untuk perlepasan ke kawasan unik itu.
Jika lambat anda akan ditinggalkan kerana faktor air surut.
Tiada kelengkapan lain yang perlu dibawa, anda hanya perlu memakai pakaian berwarna cerah dan abstrak supaya gambar tampak menyerlah.

Dan jika datang bersama keluarga atau kawan-kawan, anda mesti merancang untuk memakai pakaian berbeza warna agar gambar yang diambil nampak lebih kreatif dan menarik.
Setiba di lokasi anda akan diberi masa 3 jam untuk bergambar sepuasnya, menggunakan khidmat jurugambar yang disediakan bagi setiap bot, kerana ia mempunyai teknik tertentu untuk mendapatkan refleksi gambar yang sangat cantik.
Tugas anda, hanya perlu “pose” paling baik dan cantik, dan bergambarlah sebanyak mana yang anda mahu, dan lihat hasilnya selepas sesi fotografi itu nanti.
Anda juga boleh menggunakan alatan seperti payung berwarna, patung dinasour dan replica bangunan yang disediakan pihak pengurusan.
Gambar itu kemudiannya akan diserahkan dalam bentuk “google drive” oleh jurugambar dan anda boleh melihat semua gambar tersebut sejurus tiba di jeti.
Selepas 3 jam bergambar, anda perlu bergegas menaiki bot yang mampu memuatkan seramai 15 orang untuk kembali ke jeti kerana air akan mulai pasang setinggi 6m.

Lokasi ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin merakam kenangan bersama rakan dan keluarga atau pra perkahwinan.
Berdasarkan pemerhatian FMT semasa lawatan hari biasa, 20 bot serentak yang mampu memuatkan 15 orang setiap daripadanya akan dihantar ke lokasi.
Manakala pada minggu atau cuti umum, pihak pengurusan akan menyediakan tambahan 10 lagi bot bagi menampung permintaan yang sangat tinggi.
Caj yang dikenakan pula hanyalah RM80 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, termasuk caj bot pergi dan balik, makanan dan minuman, perkhidmatan jurugambar dan gambar yang dihasilkan selama 3 jam anda ditengah lautan.

Ini bermakna hanya dalam masa 3 jam lawatan, pengurusan “Mirror in the sky” mampu menjana pendapatan mencecah RM30,000 sehari.
Bagi anda yang ingin merasai sendiri keindahan lautan dalam dengan teknik pengambaran unik, FMT Ohsem menawarkan 3 tiket untuk pemenang bertuah yang ditaja Adun Bukit Melawati sendiri.
Anda hanya perlu layari laman sosial Facebook FMT Ohsem disini
atau di laman sosial Instagram dan jawab soalan disediakan.
Ini yang perlu ada lakukan “Like-Tag3kawan-shareposting-Jawab”
1. Di mana lokasi “Mirror in the sky”?
2. Apakah keunikan yang ada di situ?
3. Pengalaman berada di tengah lautan sesuatu yang tidak akan dilupakan kerana……
Tarikh tutup penyertaan pada 12 Ogos 2019.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]