Warga emas berkerusi roda ditemukan lemas dalam sungai

Warga emas berkerusi roda ditemukan lemas dalam sungai

Lelaki berusia 63 tahun itu dilaporkan terjatuh ke dalam sungai 3 hari lepas.

lemas drowned
Mangsa ditemukan kira-kira 5.5km dari lokasi dia dipercayai terjatuh, menurut bomba. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Seorang warga emas ditemukan lemas dalam keadaan berkerusi roda di Sungai Kampung Kuantan, Kuala Selangor pagi tadi, selepas dilaporkan terjatuh tiga hari lepas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, lelaki tempatan berusia 63 tahun itu ditemukan pada 8.30 pagi oleh orang awam berhampiran jeti Batu Tujuh Setengah.

“Mangsa ditemukan kira-kira 5.5km dari lokasi dia dipercayai terjatuh,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang serta Unit Anjing Pengesan.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.