Bekas ahli MYPPP buat laporan polis terhadap M Kayveas guna kepala surat parti

Bekas ahli MYPPP buat laporan polis terhadap M Kayveas guna kepala surat parti

M Kayveas didakwa menghantar surat kepada 13 bekas ahli MyPP bagi memaklumkan bahawa mereka dipecat, selain mendakwa beliau adalah pemimpin de facto parti itu.

Maglin Dennis D’Cruz dan bekas ahli MyPPP di hadapan balai polis Dang Wangi selepas membuat laporan terhadap M Kayveas hari ini.
KUALA LUMPUR:
Bekas ahli MyPPP yang dibatalkan pendaftarannya sebelum ini membuat laporan polis terhadap M Kayveas kerana didakwa menyalahgunakan kepala surat parti itu walaupun ia telah dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) sejak Januari tahun ini.

Bekas presiden MyPPP, Maglin Dennis D’Cruz mendakwa, Kayveas menghantar surat kepada 13 bekas ahli bagi memaklumkan bahawa mereka dipecat kerana membawa urusan parti ke mahkamah, selain mendakwa beliau merupakan pemimpin de facto parti berkenaan.

Maglin, yang terlibat dalam satu perebutan kuasa dengan Kayveas berkata, beliau adalah salah seorang penerima surat itu.

“Beliau tidak boleh menggunakan kepala surat MyPP dan menggelar dirinya pemimpin de facto kerana pendaftaran parti telah dibatalkan.

“Ia bertentangan dengan undang-undang dan jika sabit kesalahan, anda boleh didenda RM15,000 atau dipenjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi di sini, hari ini.

Pada Januari, RoS membatalkan pendaftaran MyPPP, bekas parti komponen Barisan Nasional (BN), yang kini berpecah berikutan pertelagahan antara 2 pemimpinnya sejak tahun lepas.

Salinan surat pembatalan RoS itu dikatakan dihantar kepada Kayveas dan juga Maglin.

Langkah Maglin memecat Kayveas sebagai presiden tahun lepas disahkan secara sebulat suara dalam mesyuarat agung tahunan MyPP kali ke-64 pada Mei, hanya beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-14.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.