
WASHINGTON: Dua terbunuh, manakala seorang pegawai polis cedera dalam insiden tembakan di sebuah Walmart di Southaven, tenggara Mississippi, Amerika Syarikat pada Selasa pagi, lapor agensi berita Xinhua.
Polis berkata, kejadian itu berlaku 6.30 pagi hingga 6.40 pagi waktu tempatan.
Kedua-dua mangsa korban dipercayai ialah pekerja pasar raya itu. Suspek turut cedera ditembak polis dan dihantar ke hospital tempatan.
Southaven ialah sebuah bandar yang dihuni kira-kira 49,000 penduduk dan terletak berhampiran sempadan Mississippi-Tennessee.