Kasut putih jadi bersih hanya dengan 2 bahan di dapur

Kasut putih jadi bersih hanya dengan 2 bahan di dapur

Mengekalkan kasut sentiasa bersih dan putih agak susah namun tidak susah untuk membersihkannya hanya dengan 2 bahan boleh didapati di dapur.

Memiliki kasut putih sememangnya sesuatu yang perlu dijaga dengan rapi.

Tidak kiralah bagi lelaki atau perempuan pasti aka nada sekurang-kurangnya sepasang kasut putih.

Namun jika ada mendapati kasut putih anda menjadi kotor apatah lagi kotorannya begitu ketara pasti ia sedikit sebanyak akan merunsingkan anda.

Bagaimanapun ada tidak sepatutnya risau kerana ada kaedah terbaik semudah ABC untuk mengembalikan keputihan dan kebersihan kasut anda seolah-olah baru dibeli.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Mahathir telah berkongsi cara dia berjaya menghilangkan kotoran degil pada kasutnya dengan menggunakan 2 bahan yang boleh didapati dari dapur sahaja.

Baca perkongsian bagaimana cara kembalikan kasut anda putih seperti baharu oleh Mahathir:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Cuka buatan
  2. Baking powder

Langkah-langkah:

  1. Campurkan 2 sudu baking powder dan sesudu cuka.
  2. Kemudian, letakkan campuran tersebut pada bahagian yang ingin dibersihkan.
  3. Berus pada bahagian yang kotor dengan menggunakan berus gigi
  4. Sental sampai bersih dan hilang kotoran
  5. Lap menggunakan tisu dan jangan cuci menggunakan air.

Mudahkan cara hilangkan kotoran ini dan bahan yang digunakan sangat mudah untuk didapati.

Diharap perkongsian ini dapat dimanfaatkan anda dan anda tidak perlu risau lagi jika kasut anda kotoran degil kelak.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.