
“Saya dah ‘prepare’ kalau saya ditahan. Kita tengok berapa lama dia (polis) boleh tahan,” katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Lokman sebelum ini berkata laporan pakar forensik dari Indonesia menunjukkan rakaman video yang tersebar sebelum ini adalah sahih, bahkan tidak ada sebarang bukti menunjukkan video itu dimanipulasi atau diubah suai.
Video itu menunjukkan 2 lelaki terlibat dalam aktiviti seks sejenis. Bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Aziz membuat pengakuan bahawa beliau merupakan salah seorang individu dalam klip video seks sejenis itu dan menamakan Azmin Ali sebagai individu ke-2.
Azmin bagaimanapun dengan keras menafikan dakwaan tersebut.
Minggu lalu, Hamid berkata, hasil analisis oleh CyberSecurity Malaysia mendapati kebarangkalian video itu tulen adalah tinggi, tetapi pengecaman wajah analisis yang sama tidak dapat mengaitkan pelaku dalam video itu dengan individu dimaksudkan.
Kenyataan itu menyebabkan Lokman menuduh Hamid menipu masyarakat.
“Saya nak tegaskan yang beliau memang menipu. Bukan setakat menipu beliau melindungi penjenayah.
“Saya minta supaya beliau segera melepaskan jawatan sebagai ketua polis negara,” katanya.