
MAKKAH: Pasukan rondaan keselamatan di Makkah menahan empat warga China atas kesalahan menipu kerana mempromosi iklan kempen haji palsu dan mengelirukan di media sosial, kononnya menawarkan penginapan serta pengangkutan di tanah suci, lapor Agensi Berita Saudi.
Semua suspek kemudian dikenakan tindakan undang-undang dan dirujuk kepada pendakwa raya untuk siasatan lanjut.
Direktorat Keselamatan Awam menyeru warga tempatan dan jemaah mematuhi peraturan haji serta melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang melalui talian 911 bagi kawasan Makkah, Riyadh dan Wilayah Timur, atau 999 untuk wilayah lain di seluruh Arab Saudi.