Gaji konstabel lebih tinggi berbanding penjawat awam Gred 19, kata JPA

Gaji konstabel lebih tinggi berbanding penjawat awam Gred 19, kata JPA

Kelebihan gaji polis mengambil kira faktor keselamatan, kata Ketua Pengarah Borhan Dolah.

SEMPORNA: Gaji seorang konstabel polis (YA1) RM300 lebih tinggi berbanding penjawat awam Gred 19, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Borhan Dolah.

Katanya, kelebihan gaji polis mengambil kira faktor keselamatan.

“Gaji maksimum polis (YA1) RM4,152 manakala penjawat awam Gred 19 hanya RM4,003.

“Jumlah emolumen minimum bagi seorang anggota polis (YA1) RM2,356 dan Gred 19 menerima RM2,067,” katanya ketika ditemui pemberita sempena lawatan kerja rasmi sehari hari ini.

Borhan mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador yang menyatakan beberapa elaun diperoleh polis seperti elaun perumahan, kesengsaraan, Bayaran Insentif Tugas Am (BITA) serta kenaikan gaji tahunan masih ketinggalan.

Dalam pada itu, Borhan berkata sebanyak 27 elaun diterima pegawai atau anggota polis mengikut kriteria pemberian elaun iaitu risiko, kemahiran, kos sara hidup, penempatan, perkhidmatan dan tugasan serta kompetensi tambahan pegawai mahupun angggota.

“Selain itu, pada 1 Jan 2019, kerajaan turut meluluskan penyeragaman kadar Imbuhan Tetap Perumahan bagi pegawai atau anggota Perkhidmatan polis serta semua perkhidmatan beruniform, dengan implikasi kewangan melibatkan 23,899 anggota dan pegawai bernilai RM24,222,720,” katanya.

Kata Borhan lagi, kerajaan dari semasa ke semasa akan menimbang permohonan serta membuat kajian semakan gaji dan elaun.

“Namun sebarang pertimbangan perlu dilihat secara menyeluruh supaya ianya tidak mengganggu gugat keharmonian antara skim-skim perkhidmatan,” katanya lagi.

Sehubungan itu sebarang kajian semakan gaji dan elaun perlu diberi pertimbangan dan perhatian lebih berhati-hati kerana mengambil kira pelaksanaannya yang memberi implikasi kepada perbelanjaan mengurus.a

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.