Sakit perut adalah situasi normal yang akan dihadapi oleh semua wanita ketika datang haid setiap bulan.

Ada yang mengalami sakit senggugut pada tahap biasa dan ada juga yang sakit pada tahap yang lebih serius.
Selain menggunakan minyak angin yang tidak bertahan dalam tempoh yang lama, anda sebenarnya boleh menggunakan menstrual heat patch untuk melegakan sakit di bahagian abdomen.
Yang paling berguna sekali adalah, rasa suam di bahagian abdomen tersebut dapat bertahan dalam masa yang panjang.
Oleh itu, ini antara beberapa jenis heat patch yang anda boleh dapatkan di pasaran sebelum haid yang akan datang!
1. Menstru heat

Kalau anda pernah ke Korea, ada juga salah satu produk menstrual yang mempunyai packaging yang sama. Satu pack berharga RM11.00
2. Ammeltz yoko yoko

Mempunyai patch yang lebih nipis dan tidak mempunyai bau minyak angin menjadikan patch ini sangat berguna dan boleh dipakai bila-bila masa.
Bertahan selama 8 jam sehari, harga menstrual patch ini lebih murah iaitu bermula RM 10.00 untuk dia patch.
3. Tiger balm plaster

Mempunyai pilihan sama ada warm atau cool dan juga mempunyai dua saiz yang berbeza memberikan anda pilihan mengikut bajet.
Kalau anda sukakan bau patch seperti minyak angin, ini adalah pilihan yang sesuai.
Bermula harga RM 4.00 sehingga RM 6.00 untuk 2 patch.
4. Salonpas gentle

Bukan sahaja mempunyai jenis yang biasa, Salonpas juga mengeluarkan heat patch yang tidak sakit apabila dipakai di kulit perut.
Rangkaian heat patch “Gentle to the skin” ini amat sesuai untuk anda yang tak tahan sakit apabila nak buka patch di kulit.
Kadar harga di pasaran adalah sekitar RM 14 untuk 10 patches.
5. Yoko yoko

Tidak semestinya boleh digunakan untuk sakit bahu, pinggang dan lenguh badan, Yoko Yoko juga sangat efektif untuk digunakan ketika haid.
Tak perlu tunggu sakit senggugut, sejak hari pertama haid pun boleh digunakan, roll sahaja di kawasan perut tanpa perlu sentuh dengan tapak tangan.
Harga bermula dari RM 11 untuk pack kecil.
6. Panadol panaflex

Kalau nak digunakan untuk sakit pinggang ketika datang haid pun boleh juga.
Harga bermula dari RM 6.00 untuk dua patches.
7. Menosmooth herbal patch

Bermula dengan harga RM 6.00, mungkin anda boleh cuba jenama ini yang lain dari yang lain.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]