Umumnya buah-buahan mempunyai khasiat tersendiri, dan kaya dengan pelbagai nutrisi, begitu juga mangga.

Meskipun ia kecil, tetapi manga itu sendiri mempunyai khasiat hampir 12 anti oksida.
Ia bertindak seperti booster otak di waktu pagi, kerana mengandungi banyak nutrient untuk otak di dalam manga itu sendiri.
Berdasarkan laporan jurnal Comprehensive Reviews in Food Sciences and Food Safety tahun 2008, antara anti oksida mangga adalah mangiferin, catechins, quercetin, kaempferol, rhamnetin, anthocyanins, gallic and ellagic acids, propyl dan methyl gallate, benzoic acid, serta protocatechuic acid.
Semua anti oksida hanya ada pada mangga sahaja.
Selain itu, ia juga membantutkan perkembangan sel kanser dan cegah penyakit jantung.
Oleh sebab itu, sebelum anda memulakan sebarang tugas, adalah disarankan untuk menjadikan mangga sebagai makanan harian ketika perut kosong pada waktu pagi bagi menambah nutrisi dan vitamin dalam badan sebelum anda memulakan sebarang tugas dan pekerjaan.
1. 67% kandungan vitamin C ada pada mangga. Ia penting untuk sistem imun dan kulit cantik.
2. 20% kandungan copper. Copper yang tidak cukup boleh sebabkan penyakit neurologi seperti neurological disorders termasuk Alzheimer’s, Parkinson’s, Menkes’ dan Wilson’s. Pastikan Copper cukup untuk otak.
3. 18 % kandungan Folate. Ia penting untuk menghalang plak beta amyloid berkumpul di otak. Berdasarkan kajian, Beta amyloid mampu menyebabkan seseorang itu terkena penyakit nyanyuk.
4. 11.6% vitamin B6, ia penting untuk perkembangan otak. B6 sangat penting dalam penghasilan neurotransmitters yang mengawal emosi seperti serotonin, dopamine and gamma-aminobutyric acid (GABA).
5. 5% kandungan Riboflavin: 5% ia penting untuk menjaga sel otak. Jika kita termakan makanan ada MSG, riboflavin akan bantu redakan gangguan lambakan glutamate. Bahasa sainsnya disebut glutamate excitatory.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]