
FMT difahamkan mereka disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia kerana mengedar dan memiliki bahan pornografi.
Semua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret di Jalan Duta dan akan menghabiskan 6 hari berikutnya dalam tahanan polis.
Difahamkan salah seorang daripada mereka adalah pemimpin bahagian PKR di Selangor.
Ketika dihubungi, seorang pegawai Bukit Aman yang rapat dengan siasatan itu enggan mengulas lanjut.
Semalam, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti dalang di sebalik penyebaran klip video seks sejenis menyasarkan seorang menteri kanan pada bulan lalu.
Katanya, penyebaran video itu dibuat melalui pakatan tertentu dan beberapa individu sudah ditahan, tetapi beliau enggan mendedahkan identiti mereka.
“Ada bayangan siapa bertanggungjawab. Ada bentuk pakatan di belakangnya berdasarkan nombor telefon yang digunakan.
“Ada beberapa orang yang ditahan dan sudah dilepaskan, tetapi saya kurang pasti berapa orang,” katanya.