Kenali 6 makanan buat badan berbau

Kenali 6 makanan buat badan berbau

Bau badan adalah masalah paling kritikal yang perlu diselesaikan anda sendiri dan bukan orang lain.

Bau badan adalah aspek yang perlu dijaga sebagai tanda kebersihan pada diri sendiri.

Jika tidak ia akan memberikan ketidakselesaan terhadap orang sekeliling khususnya di tempat awam seperti kenderaan awam, lif, ruang menunggu atau kedai makan berhawa dingin.

Ini kerana ia akan membuatkan orang yang berada di sekeliling anda berasa mual dan tidak selesa.

Berikut beberapa info perlu anda tahu tentang makanan yang menyumbang kepada bau badan anda semakin kuat.

1. Daging Merah

Daging jenis ini membuatkan badan anda cepat berbau.

Ini kerana daging merah agak sukar dicerna oleh perut hingga cenderung untuk mengeluarkan bau yang tidak elok di dalam tubuh.

Tambah lagi bila anda berpeluh, aroma yang keluar juga tidak enak pada pandangan orang lain.

2. Bawang putih

Makanan menjadi sedap apabila ditambah dengan bawang putih.

Namun, jika terlalu banyak, ia menyumbang kepada faktor bau badan yang tidak enak. Jika sudah terlalu lama, agak sukar untuk menghilangkannya.

3. Minuman keras

Agama kita melarang pengambilan minuman keras kerana kesannya lebih banyak yang buruk daripada kebaikan.

Selain mengundang pelbagai masalah, ia juga merupakan penyebab kepada masalah bau badan.

4. Makanan ringan

Kandungan lemak yang tinggi di dalam makanan ringan berupa snek memang cepat membuatkan badan anda mengelurkan bau yang tidak elok terutamanya ketika berpeluh.

Bayangkan badan anda sudah mengembang, pasti jantung mengepam lebih banyak darah dan mudah keluar peluh. Jadi, kurangkan penambilan makanan seperti ini.

5. Makanan berempah

Rempah menganndugi gas sulfur yang akan menyebabkan bau badan selepas makan makanan tersebut.

Antara yang menjadi penyumbang adalah serbuk kari atau rempah ratus yang lain boleh menyebabkan tubuh berbau.

6. Produk tenusu

Memang diakui banyak minum susu memang menyihatkan badan.

Namun, jika ia melebihi keperluan dalam badan, ia akan menjadi penyebab kepada masalah bau badan.

Untuk meneutralkan semula air susu yang telah diminum, anda boleh meminum air kosong. Ia lagi menyihatkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.