Guna strategi… Keluarkan emas, RM57,000 milik anda

Guna strategi… Keluarkan emas, RM57,000 milik anda

Setiap pertandingan memerlukan strategi khusus supaya apa yang dirancang mencapai sasaran, begitu juga bagi pertandingan mengeluarkan jongkong emas.

Siapa yang tidak mahu jika diberikan RM1,000 begitu sahaja jika berjaya mengeluarkan jongkong emas.

Ternyata pertandingan ini berjaya menarik minat orang ramai untuk menyertainya.

Berlangsung di pusat membeli belah Berjaya Times Square, sebuah bekas berisi beberapa jongkong emas dipamerkan kepada orang ramai.

Syarat penyertaan mudahnya buat pembelian RM300 dalam gabungan 3 resit pada hari yang sama bagi mendapatkan satu tiket penyertaan.

Pertandingan ini dibuka sehingga 31 Ogos 2019 dan had umur yang layak menyertai ialah 18 tahun dan keatas sahaja.

Pertandingan ini dibuka 2 sesi dalam 1 hari iaitu sesi pertama, 12 tengahari sehingga 4 petang dan sesi ke-2, 5petang sehingga 9 malam.

Caranya, anda perlu mengeluarkan jongkong emas seberat 7kg itu dari bekas tersebut melalui satu lubang kecil yang boleh memuatkan tangan anda masuk dalam masa 60 saat sahaja.

Jika anda berjaya, RM1000 akan diberi kepada anda, maka permainan akan tamat pada hari tersebut.

Jika tidak berjaya, wang itu akan ditambah RM1000 pada keesokan harinya sehingga jumlah maksimum RM57,000.

Setiap hari pihak pengurusan akan mengeluarkan 360 tiket bagi mereka yang layak untuk mencuba dalam pertandingan ini.

Jom cuba, mana tahu nasib anda bertuah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.