Bentuk tubuh yang ideal menjadi dambaan semua individu tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Ini kerana selain bagus untuk dilihat, ia bagus untuk kesihatan.
Namun jika anda berdiet sahaja ia tidak akan mencukupi kerana yang paling penting adalah membakar kalori.
Berikut adalah beberapa perkongsian yang anda boleh gunakan untuk membakar kalori dalam tempoh sehari.
1. Melompat
“Skipping” atau melompat selama 15 minit dalam sehari mampu membakar lebih 100 kalori.
Ia tidak susah, anda hanya perlu menetapkan waktu yang tetap, contohnya sebelum memulakan tugas harian, anda akan memulakan dengan membuat lompatan selama 15 minit untuk memulakan hari anda yang lebih sihat.
2. Mengemas rumah
Jangan mengeluh selepas ini jika anda baru pulang dari tempat kerja, kemudian sibuk pula untuk mengemas rumah.
Ini kerana ia akan dapat memberi kebaikan kepada anda dengan membolehkan kalori dalam badan dibakar sebanyak 100 kalori dalam tempoh 40 minit anda mengemas rumah!
3. Bermain boling
Bermain boling selama 30 minit dapat membakar 100 kalori.
Tetapi anda harus mengurangkan memakan snek semasa bermain boling.
4. Berjalan kaki 20 minit
Berjalan kaki selama 20 minit atau pun 2000 langkah dapat membakar 100 kalori.
Jika bosan, cari pasangan atau rakan anda untuk melakukannya bersama, jadi semasa berjalan kaki itu, anda boleh berborak dan ia tidak akan terasa jika anda telah pun membakar 100 kalori sebenarnya.
5. Berdiri
Berdiri selama 20 minit selang beberapa jam dapat membakar 100 kalori.
Contohnya anda boleh lakukan di pejabat (berdiri semasa membuat panggilan, atau bercakap dengan rakan sekerja)
6. Membeli belah
Window shopping atau membeli belah selama 40 minit dapat membakar 100 kalori.
Anda tidak perlu membeli apa-apa pun dan dapat membakar kalori anda.
Jadi kepada golongan lelaki yang selalu mengeluh untuk menemani pasangan anda membeli belah, selepas ini ia turut memberi kebaikan kepada anda dengan membakar kalori sekaligus anda mempunyai tubuh badan yang sihat!
7. Membawa bakul semasa membeli barang
Jika anda selalu menggunakan troli semasa membeli barang dapur, kali ini tukar pula dengan bakul.
Membawa bakul selama 30 minit dapat membakar sebanyak 110 kalori.
8. Tidur
Anda boleh membakar 100 kalori semasa tidur jika anda menambah 2 hingga 5 pound berat otot anda.
Bagaimana? Tambahkan pengambilan protein anda dan bersenam di gym.
9. Menari
Menari selama 20 minit dapat membakar 100 kalori badan anda.
10. Membasuh/melipat/gosok baju
Habiskan masa selama 45 minit dengan mencuci, menyidai dan menggosok pakaian anda dan anda boleh membakar 100 kalori.
11. Naik turun tangga
Naik turun tangga dan buat sedikit senaman di tangga selama 30 minit, dapat membakar 100 kalori.
12. Mengemas katil
Mengemas katil, bantal, menukar sarung selama 50 minit hingga 1 jam dapat membakar 100 kalori.
13. Bermain pool/snooker
Bermain pool dan snooker selama 40 minit dapat membakar 100 kalori.
Bayangkan kalau bermain selama berjam-jam?
14. Berkebun
Tahukah anda bahawa dengan berkebun, bercucuk tanam sahaja anda boleh membakar sehingga 105 kalori, lakukan lebih kurang 25 minit, jadikan ia sebagai hobi.
15. Membaca
Cara dengan menghabiskan 65 minit membaca untuk membakar 100 kalori bahkan juga membantu mengekalkan otak anda.
16. Masak
Luangkan masa selama 40 minit dengan memasak – bermula dari penyediaan barang, sesi potong-motong, masak sehinggalah hidang di meja makan dapat bakar 100 kalori.
Mudahkan? Jom amalkan aktiviti bermanfaat ini untuk sihat!
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]