
Sumber berkata, anak Rosmah Mansor itu akan didakwa sebagai pemilik Red Granite Pictures atas 5 pertuduhan menerima wang haram dari Good Star Ltd, sebuah syarikat dikaitkan dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho.
Beliau dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini, enggan mengesahkan penahanan Riza.
“Kami akan mengesahkan semua perkara ini apabila kami sedia mengesahkannya, (sekarang) belum lagi kerana ini semua urusan operasi.
“Kami akan maklumkan anda.”
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mendakwa Red Granite yang menghasilkan filem “Wolf of Wall Street” dicalonkan untuk Anugerah Oscar, menerima wang diseleweng dari 1MDB.
DoJ memfailkan saman pelucuthakan sivil terhadap Red Granite pada Julai 2016 dalam usaha untuk mendapatkan semula lebih AS$1 bilion didakwa dicuri dari 1MDB.
Mac tahun lalu, Red Granite bersetuju membayar AS$60 juta (RM234 juta) kepada kerajaan AS untuk menyelesaikan dakwaan ia mendapat manfaat daripada dana 1MDB. Bayaran itu dibuat dalam masa 6 bulan.