
Teresa berkata tindakan seperti itu tidak boleh diterima disaat industri sawit, antara penyumbang penting ekonomi negara, berdepan boikot Kesatuan Eropah.
“Mereka ada satu pertunjukkan di mana budak-budak sekolah antarabangsa membantah penanaman sawit dan juga mengaitkan dia dengan penebangan hutan secara berterusan,” katanya pada sidang media di Parlimen.
Sidang media itu diadakan sempena majlis perjanjian penanaman 1 juta pokok di Sabah antara Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Jabatan Perhutanan Sabah (JPS).
Teresa, yang mana kementeriannya ke depan dalam usaha menyangkal kempen antarabangsa terhadap industri sawit negara di luar negara, terkejut dengan tindakan sekolah itu.
“Saya tak fikir perkara seperti ini dilakukan di sekolah antarabangsa kita,” katanya, dan mengundang guru-guru terlibat ke kementeriannya untuk memahami usaha penambahbaikan industri sawit dan pemeliharaan alam sekitar oleh pemain industri.