
Citizen Awareness Chant Group (CHANT) berkata suruhanjaya inkuriti ke atas kemalangan di tempat kerja di Tanjung Bungah itu ditubuhkan selepas kejadian tanah runtuh pada 2017 yang meragut 11 nyawa pekerja pembinaan dan sudah lama berakhir tetapi cadangannya belum diumumkan walaupun tarikh tamat ditetapkan pada Mei.
Jurucakapnya, Yan Lee berkata, penemuan suruhanjaya itu boleh membantu pihak berkuasa mencegah tragedi yang serupa pada masa akan datang.
Seruan itu selepas satu kejadian tanah runtuh di Batu Feringghi pada Selasa yang meragut 4 nyawa warga Myanmar. Jabatan Kerja Raya berkata ia berpunca daripada kerja-kerja tanah yang dijalankan di sebuah hotel berdekatan.
Lee berkata keterangan kepada suruhanjaya itu mendedahkan kelemahan di pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk kekurangan kakitangan untuk memantau cerun-cerun bukit.
Meskipun begitu, MBPP masih meluluskan projek di kawasan-kawasan bukit yang sensitif, katanya.

“Pihak berkuasa tempatan sepatutnya memeriksa seluruh Pulau Pinang, tetapi adakah mereka mempunyai orang secukupnya?
“Anda tidak ada tenaga manusia, tetapi anda tetap meluluskan. Kenapa?”
Lee juga bertanyakan tentang status dron yang diperoleh MBPP.
“Dengan kejadian tanah runtuh terbaru ini, orang ramai berasa tidak selamat. Bolehkan anda bantu kami?” katanya.
Ketika dihubungi, seorang jurucakap suruhanjaya memberitahu FMT bahawa ia sedang menghimpunkan penghujahan-penghujahan di pendengaran itu sebelum ia boleh mengemukakan cadangan.
Suruhanjaya itu diketuai bekas pengerusi Majlis Peguam, Yeo Yang Poh; pakar geoteknikal, Gue See Sew; dan jurutera forensik geoteknikal Ramli Nasir.
Pada 21 Oktober 2017, cerun bikit setinggi 10 meter runtuh bersebelahan tapak pembinaan berdekatan Kolej Tunku Abdul Rahman di Tanjung Bungah, dan meragut nyawa 4 warga Bangladesh, 3 warga Myanmar, 2 warga Indonesia, seorang warga Pakistan dan seorang rakyat Malaysia.