Pakar fizik akan dipanggil lengkapkan inkues Adib

Pakar fizik akan dipanggil lengkapkan inkues Adib

Pakar fizik itu akan menjelaskan isu kiraan daya kuasa yang terkena Muhammad Adib pada hari kejadian.

Pegawai pengendali inkues, Faten Hadni Khairuddin.
SHAH ALAM:
Pakar Fizik bakal dipanggil untuk menjadi saksi dalam inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim pada Julai ini.

Pegawai pengendali inkues, Faten Hadni Khairuddin berkata kemungkinan pakar fizik itu akan dipanggil pada 16 dan 17 Julai ini.

“Tarikh pakar fizik yang akan dipanggil akan diputuskan.

“Pakar fizik itu akan menjelaskan isu kiraan daya kuasa yang terkena Adib pada hari kejadian,” katanya di Mahkamah Koroner.

Faten Hadni menambah, pada 3, 4 dan 5 Julai ini Mahkamah Koroner akan memanggil bekas pakar perunding kanan forensik dan patologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Shahrom Abd Wahid yang sebelum ini merupakan saksi dalam inkues Adib.

“Pihak keluarga Adib yang memohon Shahrom dipanggil semula,” katanya.

Faten Hadni berkata seramai 4 peguam baru akan menggantikan Syazlin Mansor untuk mewakili peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan bomba.

“4 peguam itu ialah Suzana Atan, Mazlifah Ayob, Afiq Zainal Abidin (FC) dan Fadzilatul Isma Ahmad Rafngah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.