
Zahid, yang merupakan menteri pertahanan semasa pemerintahan bekas perdana menteri Najib Razak dari 2008 sehingga 2018, tiba kira-kira jam 9.20 pagi tadi.
Ini merupakan kali ke-2 beliau dipanggil memberi keterangan berhubung perkara itu. Beliau memberi kenyataan kepada SPRM pada Khamis lepas.
Setelah itu, Hishammuddin Hussein yang mengambil alih jawatan menteri pertahanan sehingga pilihan raya umum Mei 2018, turut dipanggil memberi keterangan dipercayai berkaitan isu sama.
16 tukar tanah yang disiasat melibatkan lokasi di Jalan Ampang, Kuala Lumpur; Batu Uban di Pulau Pinang; Bukit Raja di Selangor; Plentong di Johor; Tanah Rata di Pahang; Bandar Kinrara di Selangor dan Stampin di Sarawak.
Pada 17 Mei, Kementerian Pertahanan menyerahkan 14 laporan urus niaga tukar tanah terbabit, selain 2 laporan yang dikemukakan lebih awal.
Laporan tersebut merupakan dapatan Jawatankuasa Siasatan Khas Isu Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Negara yang menyiasat 16 urus niaga melibatkan tanah seluas 1,183 hektar milik kementerian berkenaan.
Selain isu nilai tanah, kos projek dianggarkan berjumlah RM4.88 bilion.
Dapatan satu laporan audit menyebut bekas perdana menteri dan bekas menteri pertahanan terlibat dalam perjanjian tukar tanah untuk tujuan pembangunan di kem Muara Tuang dan Penrissen di Sarawak.
Timbalan ketua pesuruhjaya SPRM (Operasi) Azam Baki sebelum ini berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Najib akan turut dipanggil untuk memberi keterangan.