SPRM tak akan dedah langkah jejaki Jho Low

SPRM tak akan dedah langkah jejaki Jho Low

SPRM tidak akan mendedahkan langkah yang diambil sebagai strategi dan menjaga bukti.

SPRM pada 7 Jun lepas mengeluarkan waran tangkap kepada Jho Low bagi membantu siasatan berkaitan kes 1MDB. (Gambar Bloomberg)
PUTRAJAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan mendedahkan langkah yang diambil dalam usaha mereka menjejaki ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho, atau lebih dikenali dengan panggilah Jho Low bagi membantu siasatan mengenai 1MDB, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya.

“Bagi maksud strategi dan menjaga bukti, kami tidak dapat mendedahkan kepada anda langkah-langkah yang diambil,” katanya dalam persidangan media pertama yang diadakannya sejak dilantik menerajui SPRM pada 1 Jun lepas, hari ini.

SPRM pada 7 Jun lepas mengeluarkan waran tangkap kepada Jho Low bagi membantu siasatan berkaitan kes 1MDB.

“Sekiranya kami sudah hampir (menahan Jho Low)… saya tak dapat beritahu anda, sehingga kami dapat dia. Setiap kali (sebelum ini) kami buat pengumuman – ‘Jho Low ada di Macau dan kami akan dapatkannya’ – ia tidak membantu, betul tak?” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.