Lokman Adam, Gobalakrishnan dibebas dengan jaminan polis

Lokman Adam, Gobalakrishnan dibebas dengan jaminan polis

Polis berkata, ahli Majlis Tertinggi Umno dan ahli MIC itu dibebaskan kira-kira 7 pagi tadi selepas siasatan awal selesai.

Lokman Noor Adam dan N Gobalakrishnan ditahan di Kajang kira-kira 6.45 petang semalam.
KUALA LUMPUR:
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam dan ahli MIC, N Gobalakrishnan yang ditahan semalam, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat dalam kenyataan hari ini berkata, mereka dibebaskan kira-kira 7 pagi tadi selepas siasatan awal selesai.

Semalam, Fadzil dilaporkan berkata, Lokman dan Gobalakrishnan ditahan di Taman Teknologi, Kajang kira-kira 6.45 petang kerana menghalang tugas penjawat awam serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.