Kadar pengangguran kekal 3.4% 2 bulan berturut-turut

Kadar pengangguran kekal 3.4% 2 bulan berturut-turut

Kadar penyertaan tenaga buruh pada April 2019 kekal 68.5% sejak Februari 2019, tetapi meningkat 0.3% berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin berkata, bilangan tenaga buruh pada bulan April tahun ini naik 2.0% berbanding bulan sama tahun lepas kepada 15.61 juta orang. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Kadar pengangguran di negara ini pada April lepas kekal pada 3.4% bagi 2 bulan berturut-turut, menurut statistik utama tenaga buruh.

Mengulas laporan itu, Ketua Perangkawan Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pada bulan sama, bilangan penganggur naik 0.4% berbanding bulan sebelumnya kepada 523.3 ribu orang.

“Kadar penyertaan tenaga buruh pada April 2019 kekal 68.5% semenjak Februari 2019, namun meningkat 0.3% berbanding bulan yang sama tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, Mohd Uzir berkata, bilangan tenaga buruh pada bulan itu naik 2.0% berbanding April 2018 kepada 15.61 juta orang.

Pada tempoh yang sama, penduduk bekerja turut meningkat 1.9% kepada 15.09 juta orang, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.