
Menurut sumber, jemaah menteri tidak mahu laporan itu diumum secara terbuka buat masa ini.
Sumber berkenaan berkata, laporan tersebut mengusulkan bidang kuasa ke atas pengambilan pekerja asing dipindahkan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada Kementerian Sumber Manusia .
Menurut sumber lain, KDN dilihat menentang cadangan permindahan bidang kuasa berkenaan.
Laporan tersebut disediakan oleh Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing yang diketuai oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Hishamuddin Yunus.
Ia ditubuhkan pada 29 Ogos lalu dan mengemukakan laporannya akhir Febuari tahun ini.
Media sebelum ini melaporkan bahawa laporan akhir itu, antara lain, akan merangkumi cadangan untuk mengemas kini sistem pengambilan pekerja asing di samping memastikan upah saksama dan membela kebajikan mereka.
Beberapa NGO sebelum ini mendesak kerajaan supaya lebih telus dengan membentangkan laporan itu kepada umum setelah diperinci oleh Kabinet.
Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran dilaporkan antara yang menyokong desakan itu.