
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.1850/1880 berbanding dolar AS daripada 4.1870/1900 yang direkodkan pada Jumaat lepas.
Katanya, data ekonomi lemah yang dikeluarkan oleh AS pada minggu lalu, turut menyebabkan kejatuhan dolar AS.
Indeks Pengurus Pembelian AS (PMI) minggu lepas menunjukkan pesanan bagi barangan modal buatan tempatan menurun, mencerminkan sektor pembuatan dan ekonomi secara amnya semakin melembap akibat perang perdagangan yang sedang berlaku.
Ringgit, bagaimanapun didagangkan bercampur-campur berbanding dengan sekumpulan mata wang utama.
Ia menyusut berbanding dolar Singapura pada 3.0447/0474 daripada 3.0404/0431 yang direkodkan Jumaat lepas dan menyusut nilainya berbanding yen Jepun kepada 3.8226/8268 daripada 3.8178/8216.
Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.3116/3167 daripada 5.3158/3213 dan menokok berbanding euro kepada 4.6839/6889 daripada 4.6844/6894.