
Lelaki tersebut ditahan di ibu pejabat polis Jerantut pada jam 1.30 ptg dan telefon bimbitnya dirampas.
Penahanan itu disahkan oleh polis Jerantut.
Pesanan WhatsApp itu menyebut, “Sesiapa nak lawan PH, akan datang dia pun tak boleh aman”, berdasarkan imej tangkap layar yang dilihat oleh FMT.
Imej itu menunjukkan pesanan berkenaan dihantar kepada ketua polis daerah Jerantut oleh pemimpin DAP berkenaan.
Menurut imej pesanan itu juga, pemimpin DAP tersebut marah kerana ditahan pada 16 Mei apabila cuba menghalang polis daripada menahan setiausaha DAP daerah itu dalam satu siasatan berhubung penjualan rokok dan arak haram, serta rampasan barangan terbabit.
FMT masih menunggu respons daripada pemimpin DAP berkenaan dan polis Pahang.