Jangan terpedaya… ‘Arumanis’ Indonesia tak sama dengan ‘Harumanis’

Jangan terpedaya… ‘Arumanis’ Indonesia tak sama dengan ‘Harumanis’

Arumanis ada kandungan serat lebih tinggi, kurang manis dan tidak berbau harum seperti Harumanis.

Musim “Harumanis” telah tiba… Bagi mereka yang menggilai mangga jenis ini tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menikmatinya.

Seperti semua sedia maklum, Harumanis berasal dari Perlis dan ia menjadi ikon kepada negeri Indera Kayangan itu.

Namun, orang ramai diminta berhati-hati agar tidak terpedaya dengan menyangkakan mempelam dari Indonesia yang digelar “Arumanis” sebagai “Harumanis”.

Kekeliruan mungkin timbul apabila warna dan bentuk fizikal luaran Arumanis menyerupai Harumanis.

Persamaan itu termasuk ciri dua “tanduk” pada Arumanis yang merupakan ciri utama terdapat pada Harumanis.

Bagaimanapun, Harumanis dapat dibezakan dengan mempelam Indonesia itu daripada segi rasanya.

Arumanis didapati mempunyai kandungan serat yang lebih tinggi dan kurang manis selain tidak berbau harum seperti Harumanis.

Arumanis biasanya dijual dari RM4 hingga RM5 sekilogram berbanding Harumanis yang dijual antara RM30 dan RM40 sekilogram.

Kemasukan Arumanis ke Malaysia tidak dapat dihalang kerana pengimport juga membawa masuk ke negara ini mempelam dari Thailand.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.