Kerajaan tangguh duti eksport minyak sawit mentah hingga Disember

Kerajaan tangguh duti eksport minyak sawit mentah hingga Disember

Penangguhan duti itu dijangka mampu menggalakkan eksport minyak sawit ke luar negara, selain ke pasaran baru.

Beberapa pasaran baru negara lain berminat mengimport minyak sawit, termasuk benua Afrika, Arab dan Rusia.
SANDAKAN:
Duti eksport minyak sawit mentah ditangguhkan bermula 1 Mei hingga 31 Dis depan, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim.

Beliau berkata penangguhan duti itu dijangka mampu menggalakkan eksport minyak sawit ke luar negara, selain ke pasaran baru.

“Kementerian menyambut baik syarikat pengeluar dan pengeksport menggunakan peluang ini untuk mengeksport minyak sawit.

“Dengan cara ini, kita akan dapat memberi manfaat kepada pekebun kecil kelapa sawit,” katanya kepada pemberita selepas majlis Dialog Penanam Sawit, malam tadi.

Dalam pada itu, Kok berkata beberapa pasaran baru negara lain juga berminat mengimport minyak sawit, termasuk benua Afrika, Arab dan Rusia.

“Namun, semua itu perlukan masa untuk dijalankan, dan berharap dengan duti percuma ini akan mengalakkan lebih banyak eksport minyak sawit,” katanya.

Mengenai dialog itu, Kok berkata antara masalah yang dihadapi penanam sawit ialah harga rendah, tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi dan cukai.

Beliau berkata antara langkah yang perlu diambil untuk menangani isu itu ialah memberikan gambaran yang jelas tentang manfaat minyak sawit, khususnya di pasaran Eropah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.