
Wisma Putra dalam kenyataan mengesahkan semua rakyat Malaysia berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran dalam keadaan selamat dan pihak kedutaan aktif menghubungi mereka bagi memastikan kesejahteraan serta menyampaikan maklumat terkini.
Ia menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau sedang mengembara di kawasan terjejas sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.
“Rakyat Malaysia juga amat digalakkan mendaftar kehadiran mereka dengan Kedutaan bagi memastikan komunikasi dapat dilakukan tepat pada masanya.”
Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran melalui telefon +98 21 8807 2444 / +98 21 8807 8606 atau telefon bimbit +98 933 535 2602 serta e-mel ke [email protected] / [email protected].
Menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Wisma Putra akan terus memantau kekacauan itu dengan demonstrasi kini merebak ke seluruh negara.