
Habibul Rahman Kadir Shah berkata wang itu digunakan untuk mengumpul maklumat risikan untuk Barisan Nasional, dan memupuk muhibah dalam kalangan parti politik.
Habibul tampil sebagai saksi pendakwa raya ke-23 dalam perbicaraan Najib yang berdepan tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah.
Minggu lepas, saksi pendakwaan, Ashraf Abdul Razak, seorang rakan kongsi di firma guaman Zulqarnain & Co berkata, Habibul memberikan cek bernilai RM2.5 juta bertarikh 2 Februari 2015, kerana Habibul adalah salah seorang klien firma itu.
Ashraf berkata Habibul membayar wang itu untuk khidmat-khidmatnya daripada kontrak pertahan yang diberikan kepada ahli perniagaan itu.
Disoal peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, Habibul berkata testimoni Ashraf tidak betul kerana dia tidak pernah dibayar untuk sebarang kerja pertahanan.
Habibul berkata dia tidak pernah terlibat dengan sebarang bentuk kontrak pertahanan kerana dia perlu mengisytiharnya sebagai pendapatan.
Beliau berkata dia tidak pernah bertanyakan Najib sumber wang itu semasa dia mengambil cek RM2.5 juta itu.
Habibul memberitahu Shafee ia sepatutnya sumbangan politik, kerana jika anda seorang perdana menteri, semua orang mahu beri wang untuk operasi, termasuk Umno.