Agar Solekan Kekal Lama

Agar Solekan Kekal Lama

Solekan yang dipakai dari pagi, agak mustahil akan kekal segar hingga ke petang.

Pilihan produk mekap berkualiti juga antara sebab solekan dapat kekal lama.

Concealer

Gunakan hujung jari untuk meletakkan concealer pada bahagian dahi, hidung, pipi dan dagu. Titikkan sahaja dan ratakan pada keseluruhan wajah. Untuk menampakkan kesan yang lebih alami, lapisi dengan bedak tabur.

Blusher

Blusher dalam bentuk krim biasanya lebih cepat pudar. Namun, bagi mengekalkan ia lebih tahan lama, sapukan bedak tabur sebaik sahaja anda menyapu blusher pada pipi.

Eyeliner

Jika inginkan mata yang solid dan mekap tidak mudah luntur, gunakan eyeliner cair untuk merias mata anda. Elakkan daripada menggunakan eyeliner berbentuk pensel.

Lipstik

Sapukan sedikit foundation pada bibir sebelum memakai lipstik. Kemudian sapukan lipstik secara rata pada bibir. Selain warnanya kelihatan lebih rata, lipstik juga akan kekal lebih lama.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.