Lelaki Singapura serah diri berkait kes pencemaran Sungai Kim Kim

Lelaki Singapura serah diri berkait kes pencemaran Sungai Kim Kim

Polis Johor berkata, kertas siasatan kes pencemaran Sungai Kim Kim sudah dirujuk ke pejabat pengarah pendakwaan negeri dengan cadangan pertuduhan di bawah Akta Alam Sekeliling 1974.

Polis berkata, pengarah syarikat berusia 49 tahun itu kini ditahan di lokap Balai Polis Seri Alam. (Gambar Reuters)
JOHOR BAHRU:
Seorang pengarah syarikat warga Singapura yang dikehendaki berhubung kes pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang bulan lalu, menyerah diri hari ini.

Timbalan Ketua Polis Johor, Mohd Kamaruddin Md Din berkata lelaki berusia 49 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam pada 11.17 pagi tadi.

Katanya, suspek kini ditahan di lokap IPD Seri Alam.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke pejabat pengarah pendakwaan Johor dengan cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 34B Akta Alam Sekeliling 1974 dan Seksyen 42 akta sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, polis Johor dilaporkan mengesan seorang pemilik kilang warga Singapura bagi membantu siasatan kes melupuskan sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim.

Lelaki itu kemudiannya diletakkan dalam senarai orang dikehendaki dan memohon bantuan pihak berkuasa Singapura menahannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.