
Selepas 40 daripada 56 peti undi dikira, papan keputusan tidak rasmi itu menunjukkan Mohamad Hasan peroleh 7,287 undi mengatasi pencabar terdekat, Dr S Steram daripada Pakatan Harapan yang meraih 3,874 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan keluar mengundi ialah melebihi 70% selepas semua pusat mengundi ditutup pada 5.30 petang tadi.
DUN Rantau mempunyai seramai 20,926 orang pemilih berdaftar terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 4 orang pengundi tidak hadir berada di luar negara dan selebihnya 118 pengundi awal.
Daripada jumlah tersebut, 55.51% atau 11,615 adalah pengundi Melayu, Cina (18.46% atau 3,863), India (26% atau 5,441) dan lain-lain (0.03% atau 7 orang).