
Pengarah Urusan Mashal Ahmad dan Pengarah Besar Ismail Bahari dalam kenyataan hari ini berkata kajian semula saintifik oleh Kementerian Alam Sekitar mendapati operasi Lynas berisiko rendah dan mematuhi peraturan.
FMT sedang mendapatkan pengesahan kementerian mengenai kenyataan syarikat itu tentang penemuan jawatankuasa itu.
Kilang Lynas berdepan kritikan daripada ahli politik Pakatan Harapan seperti Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen Bentong, Wong Tak.
Minggu lalu, Fuziah, yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri, menuduh beberapa orang dalam kerajaan terpengaruh dengan dakwaan Lynas mengenai tahap radiasi dalam sisa yang dihasilkan di kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng.
Fuziah berkata thorium, salah satu daripada produk sampingan sisa, mempunyai separuh hayat selama 14 bilion tahun, dan menuduh Lynas membisukan diri mengenai perkara itu.
Lynas hari ini berkata risiko radiasi dibandingkan bukan berdasarkan separuh hayat sesuatu bahan, sebaliknya berdasarkan tahap pendedahan, dan kilang di Gebeng mematuhi sepenuhnya piawaian Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan Radiologi.
Syarikat itu berkata jawatankuasa saintifik kementerian berkata operasi Lynas berisiko rendah, mematuhi peraturan-peraturan berkaitan, dan berpendapat kemudahan penyimpanan residu dioperasikan dengan cara yang betul.
Fuziah minggu lalu mendakwa terdapat peningkatan konsensi logam breat dalam air bawah tanah. Lynas menjawab dakwaan itu dengan berkata jawatankuasa kementerina menafikan ia disebabkan operasi Lynas dan menyeru lebih banyak penyelidikan ke atas air bawah tanah di kawasan perindustrian Gebeng.
Lynas berkata residu radioaktif yang dihasilkan “bukan unik” dan residu radioaktif juga dihasilkan oleh industri munyak dan gas, perlombongan timah dan dalam kalangan industri pemprosesan yang sudah beroperasi banyak tahun.