Kementerian gesa pesakit pulangkan 7 ubat darah tinggi

Kementerian gesa pesakit pulangkan 7 ubat darah tinggi

Timbalan Menteri Lee Boon Chye berkata 7 produk ubat darah tinggi digantung pada 7 Mac lepas.

PETALING JAYA:
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye hari ini menggesa pesakit supaya memulangkan 7 ubat darah tinggi mengandungi Losartan kepada pembekal.

Tujuh ubat itu adalah Losagen 50 dan 100, Losartas 50mg dan 100mg, Tozaar 50mg dan 100mg dan Tozaar Plus LS 50/12.5mg.

Lee dilapor berkata pembekal tidak boleh menjual ubat tersebut selepas Kementerian Kesihatan menggantung pendaftaran 7 produk itu pada 7 Mac lepas.

“Ubat tersebut untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan karsinogernik, tetapi tidak ada kesan untuk jangka masa pendek. Pengguna yang sudah makan jangan panik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Buah Pinggang Sedunia peringkat Perak di Meru hari ini.

Beliau berkata ubat yang dipulangkan akan diganti dengan jenama lain yang diluluskan.

Beliau memberi amaran kepada pembekal bahawa tindakan tegas akan diambil jika mereka didapati menjual sebarang ubat terlarang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.