Waris penumpang Ethiopian Airlines saman Boeing

Waris penumpang Ethiopian Airlines saman Boeing

Waris Jackson Musoni memfailkan saman terhadap Boeing di Mahkamah Persekutuan AS di Utara Illinois.

Penyiasat Boeing dan penerbangan awam AS melihat bangkai pesawat Ethiopian Airlines penerbangan ET302 berhampiran Addis Ababa, pada 12 Mac lalu. (Gambar Reuters)
WASHINGTON:
Waris seorang penumpang Ethiopian Airlines yang terkorban dalam nahas pesawat 737 MAX terhempas di pinggir Addis Ababa, bulan ini, menyaman gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat, Boeing di sebuah Mahkamah Persekutuan AS, lapor agensi berita Rusia, Sputnik memetik laporan media.

Waris Jackson Musoni memfailkan saman terhadap Boeing di Utara Illinois, di mana beberapa lagi saman sudah difailkan terhadap syarikat berpangkalan di Chicago itu, berkaitan nahas sama di Indonesia, Oktober lalu, lapor Wall Street Journal pada Khamis.

Keluarga Musoni dalam samannya mendakwa Boeing dan pengawal selia AS sebagai pihak bertanggungjawab ke atas nahas itu, susulan kerosakan sistem pengurusan penerbangan pesawat terbabit serta kegagalan dalam pensijilan pesawat 737 MAX.

Kerajaan AS mengeluarkan perintah kecemasan untuk semua Boeing 737 MAX 8 dan 737 MAX 9 direhatkan susulan nahas membabitkan Ethiopian Airlines pada 10 Mac lalu yang meragut 157 nyawa.

Insiden malang itu berlaku tidak lama selepas nahas pada Oktober di Indonesia yang mengorbankan 189 orang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.