Bahaya… Gambar papan tanda condong ‘seolah akan jatuh’ tular di media sosial

Bahaya… Gambar papan tanda condong ‘seolah akan jatuh’ tular di media sosial

Papan tanda di tengah jalan raya jika tidak diselenggara dengan baik boleh membahayakan nyawa kenderaan yang melaluinya

Gambar papan tanda dalam keadaan condong berhampiran sebuah hotel di Lebuhraya Persekutuan telah menjadi viral.

Kapsyen yang ditulis pada salah satu gambar tersebut menunjukkan papan tanda itu kelihatan seperti hendak terjatuh.

Gambar yang viral itu juga memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati dan menasihati mereka untuk berkongsi mesej itu dengan orang lain.

Memetik laporan The Star, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Tang Fuie Koh berkata bahawa papan tanda tersebut telah dibaiki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau berkata, mereka mengetahui tentang papan tanda itu melalui gambar-gambar yang tular di media sosial.

“Ia telah dibaik pulih oleh JKR malam tadi,” katanya.

Tang menambah bahawa dia tidak tahu bagaimana papan tanda itu jadi seperti itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.