
Ketua Polis KLIA, M Ravi dalam kenyataan hari ini berkata kejadian berlaku pada 2.20 petang.
Beliau berkata pasukan perubatan yang tiba di lokasi telah memberikan rawatan kecemasan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia pada 5.09 petang di Hospital Putrajaya ketika mendapat rawatan lanjut.
“Semakan mendapati wanita berusia 27 tahun itu dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke China esok. Kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR) dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA di talian 03-8776 8222 bagi membantu siasatan.