Putrajaya mohon tambahan RM4 bilion di bawah RUU tambahan

Putrajaya mohon tambahan RM4 bilion di bawah RUU tambahan

"Peruntukan terbesar berjumlah RM1.92 bilion akan disalurkan kepada 'Dana Berkanun'.

Lim Guan Eng membentangkan Akta Perbekalan Tambahan (2018) di Dewan Rakyat, hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kerajaan persekutuan hari ini membentangkan rang undang-undang perbekalan tambahan untuk memohon RM4.133 billion bagi perbelanjaan persekutuan, dengan peruntukan terbesar berjumlah RM1.92 bilion disalurkan kepada “Dana Berkanun”.

Peruntukan ke-2 tertinggi ialah RM705.59 juta bagi Kementerian Kesihatan dan RM513. 9 juta bagi Kementerian Dalam Negeri.

Jabatan Perdana Menteri meminta tambahan RM215.4 juta, manakala Kementerian Pendidikan memohon RM300 juta dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebanyak RM98.46 juta.

Akta Perbekalan Tambahan (2018) dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, hari ini.

Setiap tahun, kerajaan akan membentangkan belanjawan tambahan selepas mengumumkan belanjawan tahunan persekutuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.