Malaysia terpilih dalam jelajah The Twenty Tour konsert Westlife

Malaysia terpilih dalam jelajah The Twenty Tour konsert Westlife

Peminat Westlife pasti akan teruja dengan konsert bakal diadakan di Shah Alam 8, 9 Ogos

Impian peminat band popular antarabangsa, Westlife untuk menyaksikan persembahan mereka tercapai apabila kumpulan itu sekali lagi akan datang ke Malaysia tidak lama lagi.

Menerusi Instagram Westlife, kumpulan itu mengumumkan beberapa tarikh untuk konsert jelajah The Twenty Tour dan Malaysia antara destinasi yang bertuah.

Ini kerana Westlife akan mengadakan dua konsert di Stadium Malawati, Shah Alam pada 8 dan 9 Ogos ini.

Selain Malaysia, kumpulan yang kini dianggotai Shane Filan, Mark Feehily, Nicky Bryne dan Kian Egan itu akan turut singgah di Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Kali terakhir Westlife hadir dan mengadakan konsert sebagai sebuah kumpulan di negara ini ialah pada 2011 yang merupakan sebahagian daripada konsert jelajah The Gravity Tour.

Kumpulan itu mengumumkan pembubaran mereka setahun selepas itu, sebelum kembali bersatu September tahun lalu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.