
Bernama melaporkan 3 lagi mangsa korban ialah G Ravi, 55, A Ragu, 47, dan K Ramachandran, 51, manakala V Vishnukumar, 44, cedera.
Dua lagi lelaki dalam kenderaan yang dinaiki Balakrishnan itu tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Kulai, Tok Beng Yeow dalam satu kenyataan berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira 12.10 tengah malam, apabila sebuah lori kontena hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.
Ia kemudiannya melanggar Toyota Vellfire dinaiki semua mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.
Katanya, kenderaan mangsa sekali lagi dilanggar sebuah Proton Wira dari arah sama kerana gagal mengelak mereka.
“Akibat kejadian itu, 4 penumpang (termasuk pemandu) Toyota Vellfire itu cedera parah di bahagian kepala serta badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.”
Pemandu lori dan Proton Wira itu terselamat, manakala semua mangsa cedera dibawa ke Hospital Kulai.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Balakrishnan ialah naib presiden MIC dari 2013 hingga 2015.
Pada 28 Ogos tahun lalu, Balakrishnan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap 2 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM6.012 juta antara Jun 2012 hingga September 2013.