Protes di luar Parlimen desak JPPM lulus parti baru di Sarawak

Protes di luar Parlimen desak JPPM lulus parti baru di Sarawak

Pengasas Parti Sedar Rakyat Sarawak, Othman Abdillah berkata, pihaknya menyerahkan permohonan penubuhan parti baru itu sejak Jun 2018.

Lebih 20 orang mengadakan protes di luar bangunan Parlimen dari 9 hingga 11 pagi tadi.
KUALA LUMPUR:
Lebih 20 orang mengadakan protes di luar bangunan Parlimen hari ini bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap permohonan menubuhkan Parti Sedar Rakyat Sarawak yang belum diluluskan sejak tahun lalu.

“Kita mohon dari 22 Jun tahun lepas, sehingga hari ini tidak diluluskan (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia).

“Tetapi, Gabungan Parti Sarawak mohon 3 bulan dah lulus. Jadi, kita pun hairan sampai 10 bulan tak ada berita,” kata pengasasnya, Othman Abdillah yang turut menyertai protes dari 9 hingga 11 pagi itu.

Beliau berkata, mereka mahu menubuhkan parti baru di Sarawak kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri dan mahu menyertai pilihan raya umum akan datang.

“Jika tak lulus juga, kita akan adakan flashmob di Rantau, Negeri Sembilan pula.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.