Ronald Kiandee sahkan akan beri laluan kepada pengerusi baru PAC

Ronald Kiandee sahkan akan beri laluan kepada pengerusi baru PAC

Dr Mahathir sebelum ini berkata, Ronald boleh kekal sebagai pengerusi PAC walaupun beliau kini bukan lagi mewakili pembangkang.

Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee berkata hari ini, bahawa beliau akan kekal sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sehingga pengganti beliau diumumkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Ronald memberitahu FMT, beliau akan meninggalkan jawatan itu sebaik sahaja pengerusi baru dicadangkan di Dewan Rakyat

“Saya akan patuh keputusan Tun (Dr Mahathir),” katanya, yang merupakan bekas pemimpin Umno Sabah yang menyertai PPBM baru-baru ini.

Dr Mahathir sebelum ini berkata, Ronald boleh kekal sebagai pengerusi PAC walaupun beliau kini bukan lagi mewakili pembangkang.

Pakatan Harapan (PH) menetapkan bahawa pengerusi PAC hendaklah dilantik dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang bagi mewujudkan semak dan imbang terhadap eksekutif.

Terdahulu hari ini, Dr Mahathir berkata, Ronald akan kekal sebagai pengerusi PAC sehingga pengganti beliau dipilih oleh Dewan Rakyat.

Jumaat lepas, ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meletak jawatan sebagai anggota PAC berikutan Ronald dikekalkan sebagai pengerusi.

Dr Mahathir berkata hari ini, kerajaan akan berpegang pada manifesto pilihan raya PH untuk melantik wakil pembangkang sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.