Lucu… Kambing ‘tunggu’ trem ke Manchester

Lucu… Kambing ‘tunggu’ trem ke Manchester

Bukan sahaja manusia pandai tunggu trem tapi kambing peliharaan ditemui sedang menunggu trem

Seekor kambing Pygmy yang dilaporkan hilang minggu lalu ditemui di sebuah stesen trem kira-kira 40 kilometer dari kediaman pemiliknya di Greenfield, Saddleworth.

Ketika diselamatkan Khamis lalu, kambing diberi nama Belle itu kelihatan seolah menunggu trem ke arah Manchester di stesen Sale bersama beberapa penumpang lain.

Anggota penyelamat haiwan, Louise Fields memberitahu menerima panggilan daripada orang awam mengenai kehadiran seekor kambing di stesen tren Sale dan berasa lucu kerana penumpang lain tidak menghiraukannya.

“Orang sekeliling sibuk dengan telefon masing-masing. Kambing itu dibawa pulang oleh pemiliknya yang mengingati ia sudah menjadi lauk,” katanya kepada Metro UK.

Julie Swindell, 49, berkata, kambingnya tidak mungkin berjalan begitu jauh dan mempercayai haiwan itu dicuri seseorang berikutan pagar ladang terbuka selain wayar elektrik turut terpotong.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.